Sunday, March 18, 2007

Blog 10 – Halangan berkahwin bagi pasangan HIV

Tiada siapa yang boleh menghalang penghidap HIV daripada berkahwin kerana tiada undang-undang yang boleh menyekat perkahwinan golongan itu. Namun, dalam kebanyakan kes di negara kita, penghidap HIV faham dengan keadaan yang menimpa mereka dan tidak meneruskan hasrat untuk berkahwin. Biasanya apabila berlaku situasi ini, mereka akan dinasihati serta diberi kaunseling terlebih dahulu supaya mereka berfikir semasak-masaknya, kerana ia akan memudaratkan pasangan dan bakal anak yang dilahirkan nanti. Tetapi jika seorang itu mengetahui temannya itu menghidapi HIV serta setelah mendapat nasihat daripada pihak jabatan agama, mereka masih mahu berkahwin, maka itu adalah hak mereka.

Blog 9 – Teksi yang beruntung melampau

Apabila memperkatakan tentang pembayaran tambang teksi yang melampau, saya rasa kebanyakan orang pun ada pengalamannya. Saya juga ada pengalaman itu semasa menggunakan perkhidmatan teksi di “The Mines” tempat membeli-belah untuk pulang ke hotel di pekan. Pemandu teksi itu tidak mengikut meternya sebagai harga tambang dan dia terus mencajkan saya sebanyak RM30. Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang ghairah mengaut untung melampau.

Blog 8 – Awas promosi pakej kesihatan

Apabila terdengar promosi pakej istimewa dengan keahlian kelab, mestilah kita berhati-hati kerana kebanyakannya adalah penipuan. Meraka akan cuba menghubungi mangsa-mangsa untuk mempromosikan pakej pemeriksaan kesihatan dengan kadar bayaran yuran tertentu sebagai keahlian kelab yang lebih kurang sama dengan kebanyakan promosi oleh Vacation Club yang lain. Mangsa-mangsa akan dipanggil datang ke tempat promosi mereka sama ada di ruang pejabat atau hotel tertentu dan memberi taklimat panjang lebar sehingga berjam-jam lamanya walaupun dijanjikan masa selama setengah jam. Untuk menarik perhatian, mereka menawarkan lagi promosi tertentu seperti percutian ke mana-mana destinasi secara percuma dengan kesudian menghadiri taklimatnya. Mereka mengula-gulakan mangsa-mangsa dengan pakej pemeriksaan kesihatan yang menurutnya murah berbanding dengan hospital swasta dan disertai dengan berbagai-bagai lagi kemudahan seperti percutian dan penginapan di hotel-hotel terpilih. Bukan itu sahaja, mereka berani menggunakan nama pusat perubatan swasta terkenal sebagai kumpulan sokongan mereka. Dengan tidak tertipu, janganlah kita bersikap tamak dan mudah mempercayai seseorang dengan tanpa mengetahuinya.

Blog 7 – Bangun dari tidur petang

Semasa saya kecil lagi, pada suatu hari, saya berasa sangat letih dan saya pun pergi tidur. Apabila saya bangun dari tidur, saya terkejut kerana sudah lewat. Saya pun cepat-cepat pergi menggosok gigi dan menyalin baju sekolah. Tetapi, kelihatan kakak dan abang memandang saya dengan muka yang aneh dan ketawa dengan terbahak-bahak. Saya pun berasa ganjil dan bertanya apa sudah berlaku, barulah mereka memberitahu saya masa itu hanya pukul tujuh lebih malam dan saya ingat masa itu pukul tujuh lebih pagi.

Blog 6 – Lancongan di London

Apabila saya tiba di London, saya berasa saya berada di dunia yang berlainan; bangunannya berbeza dan beroman kuno; persekitarannya bersih; udaranya segar mungkin sebab masa itu adalah musim sejuk.
Tetapi belanja hidup di sana sangat mahal, oleh itu, saya selalu makan di “pekan cina” kerana makanan di sana lebih murah dan sedap.
Perkara yang saya tidak suka di London ialah apabila saya tiba di imigresen, pengawal itu banyak menanya soalan dan tidak beramah-tamah, saya berasa sendiri seperti seorang banduan. Apabila kemasukan saya telah diluluskan, saya pun berjalan keluar terus dan tanpa mengucapkan terima kasih.

Blog 5 – Kebersihan

Kebersihan seseorang haruslah diamalkan sejak kecil lagi. Menjaga kebersihan adalah sesuatu tabiat seseorang. Jika setiap orang bertabiat menjaga kebersihan dan mementingkan kebersihan, banyak penyakit-penyakit boleh dielakkan.
Selain daripada itu, persekitaran di negara kita akan sentiasa kelihatan bersih, cantik dan udaranya segar. Oleh itu, rakyat di negara kita bertanggungjawab untuk mengamalkan penjagaan kebersihan dan berusaha untuk menjalankan kitaran semula. Jadi, negara kita tidak lagi membazir hasil semula jadi yang akan habis pada hari akan datang.

Blog 4 – Jenaka

Semasa seorang perempuan memohon jawatan kosongnya, bos itu bertanya, “Berapakah anak kamu ada?”
Perempuan itu berjawab, “Lima.”
Bos itu bertanya, “Apakah nama mereka?”
Perempuan itu berjawab, “Billy, Billy, Billy, Billy, Billy.”
Bos itu bertanya, “Semua pun Billy, bagaimanakah kamu nak panggil mereka apabila makan nasi.”
Perempuan itu berjawab, “Senang sahaja Saya hanya perlu panggil Billy dan mereka semua pun datang.
Bos itu bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu nak panggil anak yang kehendaki di antara mereka.
Perempuan itu berjawab, “Itu lagi senang, saya hanya perlu panggil nama keluarganya sahaja.

Blog 3 – Kebaikan bersenam

Bersenam amat penting bagi kesihatan kita, sebab ia boleh membantu metabolisme
badan kita menjadi lebih baik. Selain itu, bersenam juga boleh menyegarkan mental seseorang. Masyarakat kita terkini menghadapi banyak tekanan dari segi keluarga, perkerjaan, percintaan, akademi dan lain-lain, dengan senaman yang kerap juga boleh menenangkan tekanan kita.
Selalunya saya dengar ramai orang asyik berkata letih dan tidak bersenam langsung, tetapi pada pendapat saya, kemungkinan badan mereka sudah banyak mengandung toksin dan mereka patut memulakan tabiat bersenam.
Akhirnya, saya berasa kunci kesihatan kita adalah melalui makanan seimbang; senaman yang tertib dan kerehatan yang mencukupi.

Blog 2 - Xenotransplan

Xenotransplan ialah pemindahan sel hidup, tisu, atau organ dari satu spesies kepada spesies yang berlainan. Pemindahan pertama melibatkan manusia dijalankan oleh Dr. Keith Reemtsma dari 1963 hingga 1964 melibatkan transplan 13 ginjal monyet chimpanzee kepada manusia. Daripada 13 penerima ginjal monyet itu, semuanya meninggal dunia dalam masa dua hingga sembilan bulan.
Pada tahun 1964, seorang warga emas berumur 68 tahun menerima jantung dari seekor monyet chimpanzee tetapi dia hanya hidup selama dua jam. Masalah yang mungkin timbul ialah jangka hayat organ manusia dan haiwan adalah berbeza dan mungkin berlaku jangkitan penyakit.
Tisu dan sel dari haiwan juga boleh digunakan untuk mengubati Parkinson, kancer, kencing manis, dan lain-lain penyakit termasuk strok. Sejak tahun 1975, berpuluh ribu pesakit telah mendapat manfaat daripada injap jantung haiwan tertentu.

Blog 1 - Kopi

Kopi adalah minuman kegemaran ramai orang. Ia adalah teman kehidupan saya yang agak penting kerana saya meminum kopi setiap hari pagi dengan sarapan. Selain daripada keharumannya, ia juga memberikan saya kepuasan selepas meminumnya, ini boleh dikatakan sebagai kenikmatan yang tidak boleh digantikan. Bagi saya, kopi dengan pastri atau kek adalah pemadaman yang paling sempurna. Tetapi kajian menunjukkan kelebihan meminum kopi boleh menjejaskan kesihatan, oleh itu, dinasihatkan tidak meminum kopi lebih daripada dua cawan dalam sehari.