Sunday, March 18, 2007
Blog 8 – Awas promosi pakej kesihatan
Apabila terdengar promosi pakej istimewa dengan keahlian kelab, mestilah kita berhati-hati kerana kebanyakannya adalah penipuan. Meraka akan cuba menghubungi mangsa-mangsa untuk mempromosikan pakej pemeriksaan kesihatan dengan kadar bayaran yuran tertentu sebagai keahlian kelab yang lebih kurang sama dengan kebanyakan promosi oleh Vacation Club yang lain. Mangsa-mangsa akan dipanggil datang ke tempat promosi mereka sama ada di ruang pejabat atau hotel tertentu dan memberi taklimat panjang lebar sehingga berjam-jam lamanya walaupun dijanjikan masa selama setengah jam. Untuk menarik perhatian, mereka menawarkan lagi promosi tertentu seperti percutian ke mana-mana destinasi secara percuma dengan kesudian menghadiri taklimatnya. Mereka mengula-gulakan mangsa-mangsa dengan pakej pemeriksaan kesihatan yang menurutnya murah berbanding dengan hospital swasta dan disertai dengan berbagai-bagai lagi kemudahan seperti percutian dan penginapan di hotel-hotel terpilih. Bukan itu sahaja, mereka berani menggunakan nama pusat perubatan swasta terkenal sebagai kumpulan sokongan mereka. Dengan tidak tertipu, janganlah kita bersikap tamak dan mudah mempercayai seseorang dengan tanpa mengetahuinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment